Kongsi Video Berhijab, Penampilan Sopan Qistina Raisah Dipuji Peminat
Sumber : Tiktok | @qqistinaraisah
Pelakon remaja, Qistina Raisah, yang tampil berhijab di media sosial, telah menarik perhatian netizen.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Qistina di laman TikToknya, dia kelihatan cantik memakai tudung berwarna putih sambil membuat miming lagu “Chentaku” nyanyian Zizan Razak dan SonaOne. Penampilannya itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada ramai.
Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 700,000 tontonan dan mendapat lebih 77,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dikongsikan di aplikasi tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji imej sopan aktres yang berusia 16 tahun itu dan berharap Qistina terus berusaha menutup aurat dengan sempurna.
Sebelum ini, Qistina sering mendapat kecaman daripada netizen gara-gara pemakaiannya yang seksi dan beranggapan penampilannya itu tidak sepadan dengan usianya yang masih muda.
Diharapkan Qistina akan terus menampilkan imej yang lebih sopan dan terus menerima sokongan daripada para peminat.
Video :