| |

[VIDEO] Bagi Anak Pilih Nak Hadiah Apa Sempena ‘Birthday’, Netizen Usik Anzalna Nasir ‘Nak Jadi Anak Angkat Boleh?’

Sumber : instagram | @anzalnanasir88

Di Instagram, pelakon Anzalna Nasir kongsi satu video di mana dia buat trend minta anaknya Mohamad Eidrees pilih hadiah dan tempat makan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-5, baru-baru ni.

Wang Tunai RM10,000

Dalam video tu, Anzalna bagi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya. Selain duit cash, Eidrees pilih dompet dan makan di restoran jenama mewah.

Manjakan Eidrees pada hari lahirnya.

Boleh pula dia pilih semua yang mahal-mahal. Segala permintaan anak akan ditunaikan selagi ada rezeki.

Duit lebih shopping kita belanja Rumah Anak Yatim Nur Qaseh sempena hari jadi Eidrees.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen anggap Eidrees anak yang bertuah sebab dapat rasa pengalaman tu masa usia masih kecil.

Video : instagram | @anzalnanasir88

Similar Posts