Netizen Seberang Akui Apple Store Memang Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia
Sumber : Tiktok | @joerdy.s
Pengumuman pembukaan Apple Store pertama di Malaysia pada 22 Jun nanti telah jadi bualan hangat di media sosial, termasuk di Indonesia.
Walaupun ada yang sedikit iri hati dengan berita tu, ramai juga netizen Indonesia yang akui Apple Store tu memang patut dibuka di Malaysia berbanding negara mereka.
Dalam komen di beberapa video TikTok berkaitan pembukaan Apple Store tu, ramai netizen dari Indonesia bahaskan beberapa sebab kenapa Malaysia lebih layak jadi pilihan Apple untuk buka kedai rasmi baharu.
Bagi mereka, walaupun rakyat Indonesia lebih 200 juta orang, kuasa beli rendah buat jumlah pengguna iPhone jadi kecil. Kebanyakan pengguna di sana beli iPhone terpakai sebab lebih murah berbanding yang baru.
Selain tu, telefon pintar Android dengan harga mampu milik lebih menarik minat majoriti pengguna di sana berbanding Apple.
Mereka juga dakwa pengguna Apple di Indonesia cuma guna iPhone, sedangkan Apple ada banyak produk lain dalam ekosistemnya. Jadi, pasaran Indonesia mungkin tak dapat bagi tahap jualan yang memberangsangkan kepada Apple dalam jangka masa panjang.
Mereka buat kesimpulan yang Apple dah buat pertimbangan yang potensi jualan di Malaysia lebih besar sebab rakyat Malaysia lebih banyak guna produk-produk Apple.
Di samping tu, mereka turut gembira sebab lepas ni boleh melawat Apple Store rasmi di TRX dan beli iPhone terus di Malaysia.
Video :