| |

Aidid Marcello rakam senyap-senyap gelagat anak gadis dapat lesen P, buat ramai terhibur

Sumber : Tiktok | @aidid.marcelo

Personaliti televisyen, Aidid Marcello, rakam senyap-senyap gelagat anak gadisnya yang baru sahaja dapat lesen P kereta, dan ini mencuit hati ramai.

Anak gembira dapat lesen P

Aidid merakam video dari dalam kereta tanpa disedari anak gadisnya sewaktu dia minta bantuan seorang jejaka untuk ambil gambar. Aidid sempat berseloroh mengatakan anak gadisnya itu lebih gembira dapat lesen berbanding menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Aidid Marcello rakam senyap-senyap, ada jejaka tolong ambil gambar anak Yang paling melucukan ialah gurauan Aidid bila dia kata lelaki yang tolong anaknya, Alyea Nai Lina, 18, ambil gambar sebenarnya cuba untuk memikat gadis itu, sebab dia pun pernah muda dan buat ‘modus operandi’ yang sama.

“Ambil gambar sorang pula. Brother ni adjust ni aku rasa. Bukannya aku tak tahu, aku pernah muda,” selorohnya.

Video Aidid Marcello rakam senyap-senyap gelagat anak dapat perhatian Perkongsian tersebut sudah tentu menarik perhatian ramai yang tak sangka anak Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chek, bekas pengacara Majalah 3, sudah meningkat dewasa.

Lebih menghiburkan, beberapa akaun TikTok mencuba nasib memberi salam kepada personaliti televisyen itu dengan panggilan ‘ayah’.

Untuk rekod, Aidid Marcello, bekas pengacara program Remaja di TV3, telah berkahwin dengan Norzie Pak Wan Chek pada Mei 2005. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina berusia 18 tahun, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf, dan Muhammad Ibrahim.

Video :

@aidid.marcello

Semoga yg baru dapat lesen ni, pandu dengan berhemah ya 😎. Congrats!! 😍👍 #aididitmyway #lesen #driving #fy #fyp #fypシ゚viral

♬ Dealova Piano – DNP

Similar Posts