| |

Sambut ‘anniversary’ ke-11, ucapan romantik Izzue Islam untuk isteri buat ramai tersentuh

Sumber : Instagram | @IzzueIslam

Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam, yang sambut hari jadi dan ulang tahun perkahwinan ke-11 dengan isteri, Nurnafilah Waharudin, semalam buat ramai tersentuh.

Dalam hantaran di Instagramnya, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, berkongsi sambutan kecil-kecilan bersama isteri dengan sebuah kek.

Perkongsian tu turut disertai dengan ucapan romantik dari Izzue yang berkata isterinya adalah orang pertama yang akan menjadi keutamaannya walau apa jua berlaku.

“Tak kisah berapa hari, bulan, atau tahun kita bersama, awak tetap jadi orang pertama saya nak tengok setiap hari,” kata Izzue untuk isterinya.

Netizen tersentuh! Di ruangan komen, ramai netizen tersentuh dengan hantaran aktor 34 tahun itu dan anggap Nurnafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin sebagai wanita yang bertuah ada suami macam Izzue.

Semoga bahagia hingga ke jannah! Ramai juga yang ucap selamat hari lahir untuk Izzue dan ulang tahun perkahwinan mereka, serta doakan agar pasangan tersebut bahagia hingga ke jannah.

Sekadar info, Izzue dan isteri berkahwin pada 2 Jun 2013 tapi belum dikurniakan zuriat sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Video : Instagram | @IzzueIslam

Similar Posts