· ·

[VIDEO] Bella Astillah Ditegur Pakai Baju Seksi – ‘Semua Orang Sayang Awak, Please Dress Properly’

Sumber : Tiktok | @bellaastillah56

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kena kecam netizen sebab pakai baju yang dikatakan agak seksi masa buat persembahan di satu acara baru-baru ni.

Dalam beberapa video yang tular di TikTok, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah dilihat nyanyi lagu ‘Masing-Masing’ yang asalnya dinyanyikan oleh Ernie Zakri.

Masa acara tu, Bella pakai baju warna kelabu yang dipadankan dengan seluar hitam.

Tapi, baju tu jenis ‘tube’ kat bahagian badan dengan kain ‘net’ berkilat di bahagian dada dan lengan, dikatakan agak seksi dan tak sesuai dengan dia.

Netizen pun nasihat Bella supaya jaga pemakaian sebab persembahan tu ditonton oleh ramai orang dalam majlis terbuka.

Tambah netizen, tak manis seorang wanita yang berstatus isteri dan ibu pakai baju macam tu.

Ada juga beberapa warganet yang nasihatkan antara satu sama lain supaya tak mudah menjatuhkan hukum dan tak menyibuk urusan orang lain.

Video :