| |

[Video] “Kes Oncall paling mencabar sepanjang kerjaya doktor di KKM” – “Ibu Ayam ‘Sergah’ Doktor yang tolong Anak-Anaknya

Sumber : Facebook| @alepza11

Sekumpulan anak ayam tersebut pada mulanya telah tersekat di dalam longkang di sebuah klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ada sesetengah individu benar-benar cintakan haiwan sehingga sanggup membantu mereka yang dalam kesusahan walaupun berhadapan risiko diserang.

Namun dalam membantu haiwan, orang ramai diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, terutamanya bagi perkara membabitkan binatang buas.

Dr Klinik KKM Bantu Anak Ayam Keluar Dari Longkang

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@alepza11) yang menunjukkan seorang individu membantu lapan ekor anak ayam untuk mengekori sang ibu.

Pada mulanya, sekumpulan anak ayam tersebut tersekat di dalam longkang.

Zaki yang merupakan seorang doktor di sebuah klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian telah menggunakan karpet ‘welcome’ untuk membantu anak-anak ayam keluar dari longkang.

Di ruangan komen, dia memaklumkan bahawa dia terdengar bunyi bising di hadapan klinik sebelum membantu anak-anak ayam tersebut.

Ayam ‘Sergah’ Doktor

Setelah mereka keluar dari longkang, Zaki menyergah ayam sekeluarga itu agar ke tempat yang lebih selamat. Namun, lebih melucukan apabila dia juga telah ‘disergah’ ibu ayam yang melihatnya sebagai ancaman.

Akhirnya, anak-anak ayam itu perlu melompat ke atas kaki lima untuk mengekori ibu mereka. Kesemua anak ayam berjaya melakukan cabaran tersebut kecuali seekor.

Oleh itu, Zaki terpaksa mengangkat anak ayam tersebut yang sudah mula ‘menjerit’ ketakutan. Sewaktu dia hendak meletakkannya, ibu ayam telah mula mengamuk sehingga menerjah ke arahnya. Sampai tergolek anak ayam itu!

‘Ibu Ayam Melatah’ – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, netizen geli hati dengan situasi tersebut terutamanya apabila tidak dapat membezakan antara bunyi jeritan ibu ayam dan Zaki yang sama-sama terkejut.

Seorang individu bertanya jika ibu ayam telah ke klinik tersebut untuk temu janji ‘check up’.

Ada juga yang berseloroh berkata ibu ayam tersebut telah melakukan ugutan dan cubaan menghalang tugasan seorang penjawat awam.


Video :

Similar Posts