Wartawan China ‘Interview’ TPM Guna Bahasa Melayu, Netizen Terkejut!
Sumber : Facebook| @husna.liang
Husna Liang, seorang wartawan dari China Media Group (CMG), mencuri tumpuan ramai di media sosial sekali lagi selepas menjalankan temubual dalam Bahasa Melayu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid.
Dalam video berdurasi satu minit yang dimuat naik di Facebooknya, Husna berjaya melaksanakan temubual tersebut dengan penuh profesionalisme sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Husna, yang lebih dikenali dengan nama Liang Liang, berasal dari provinsi Yunnan.
Beliau sebelum ini tular apabila ditemuramah oleh media tempatan semasa Sukan Asia di China.
Kali ini, kemahiran bahasa Melayunya yang mengagumkan mendapat pujian ramai, terutama daripada rakyat Malaysia.
Dalam temubual tersebut, Husna dan Ahmad Zahid berbincang tentang cara untuk mengekalkan dan meningkatkan hubungan antara China dan Malaysia.
Ahmad Zahid turut memuji keramahan dan sikap mesra China terhadap wakil-wakil Malaysia.
Menurut laporan dari New Strait Times, Husna mendapat nama panggilannya daripada pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Minzu Yunnan.
Husna telah berjaya mengumpul lebih daripada 500,000 pengikut di media sosialnya, kebanyakannya dari Malaysia.
Husna mengakui bahawa beliau peminat setia penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza.
Beliau menyatakan bahawa peningkatan kemahirannya dalam Bahasa Malaysia adalah hasil mendengar lagu-lagu Siti.
Husna mempelajari bahasa tersebut selepas mengikuti program pertukaran pelajar selama setahun di Universiti Malaya.
Selain itu, Husna juga sering berbual dalam Bahasa Malaysia dengan wartawan Malaysia yang membuat liputan Sukan Asia di Hangzhou.
Kemahiran Husna dalam Bahasa Melayu tidak hanya menonjolkan kebolehan peribadinya tetapi juga memperlihatkan potensi besar dalam memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia melalui media dan komunikasi antara budaya.
Keupayaannya menguasai Bahasa Melayu dengan begitu baik membuktikan bahawa usaha dan dedikasi dalam mempelajari bahasa asing dapat membuka banyak peluang dan memberi impak positif dalam kerjaya dan hubungan antarabangsa.
Video : Facebook| @husna.liang