Kereta Rosak Di Tengah Jalan Sebab Suhu Naik, Tindakan Polis Ini Dapat Pujian Netizen
Sumber : X | @mpv_shah
Sebelum ni ada beberapa kes yang melibatkan polis sampai buat segelintir rakyat Malaysia hilang kepercayaan pada anggota tersebut. Tapi, masih ada polis yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik untuk melindungi rakyat.
Salah satu kisah yang dikongsi oleh seorang anggota polis di TikTok @mpv_shah, dia bantu seorang wanita dan anak kecil yang kereta rosak di tengah jalan.
Suhu kereta naik, nak hantar anak ke sekolah Di bawah panas terik, tiba-tiba polis tersebut nampak sebuah kereta yang tak bergerak di lorong kanan jalan. Ketika itu juga, banyak kereta lain terpaksa bersesak dan tukar lorong lain. Polis tu pun terus jumpa pemilik kereta tersebut.
Kata wanita tu, suhu keretanya naik dan enjin hampir berasap buatkan dia terpaksa berhenti sambil tunggu suhu turun semula. Dia juga dalam perjalanan nak hantar anak perempuannya ke sekolah.
Katanya, sementara enjin kereta dapat dihidupkan, dia ingin balik rumah dan terpaksa batalkan niat nak hantar anaknya ke sekolah.
Walaupun enjin kereta dah boleh hidup, kereta tu tak dapat bergerak seperti biasa. Polis tu pun bantu tolak kereta ke tepi jalan.
Disebabkan kenderaan masih di lorong kanan, kami terpaksa tolak ke bahu jalan agar semuanya selamat demi keselamatan pengguna jalan yang lain.
Sementara tunggu pihak insurans sampai, anggota polis tersebut ambil keputusan untuk hantar wanita serta anaknya pulang ke rumah.
Tindakan polis ini telah mendapat pujian ramai netizen yang terharu dengan sikap membantu yang ditunjukkan oleh pihak polis tersebut. Memang patut dicontohi!
Video :