| |

Melompat Bahagia, Reaksi Anak-Anak Lihat Ibu Bapa Beli Kereta Pertama Buat Ramai Terharu

Sumber : Tiktok | @ZolProton

Siapa tak bahagia bila berjaya beli kereta baru, lebih-lebih lagi hasil usaha sendiri. Sama seperti satu video tular yang tunjukkan pasangan suami isteri buat kejutan kepada anak-anak mereka. Reaksi anak-anak yang melompat kegembiraan bila ibu bapa mereka beli kereta pertama buat ramai terharu.

Momen Berharga Sebuah Keluarga

Menerusi perkongsian video dari zolpproton, dia muat naik momen berharga itu di akaun TikTok miliknya sehingga mendapat perhatian ramai.

Anak-Anak Melompat Bahagia Bila Ibu Hulur Kunci Kereta

Dalam video tu, nampak mereka sekeluarga datang ke showroom kereta untuk ambil kereta pertama mereka. Pasangan suami isteri tu buat kejutan kepada anak-anak dengan hulurkan kunci kereta. Semua anak-anak melompat kegembiraan.

Melompat Bahagia, Senyum Tak Berhenti

Jelas kelihatan mereka sangat gembira bila masing-masing tersenyum dan bergambar bersama kereta baru mereka.

Ada Kisah di Sebalik Kegembiraan Itu

Perkongsian tersebut dah tentu dapat perhatian dan maklum balas positif dari orang ramai. Rata-rata ucap tahniah dan akui terharu lihat reaksi anak-anak yang gembira bila ibu bapa mereka beli kereta untuk kegunaan keluarga.

Tahniah buat keluarga tersebut!

Video :

Similar Posts