| |

Rizman Ruzaini Kongsi Momen Berhabis RM3 Juta Ambil Naomi Campbell Peraga Busana

Sumber : X| @arfdy13

Sebelum ni, pernah tular di media sosial bila supermodel antarabangsa, Naomi Campbell memperagakan busana dari pereka terkenal tanah air, Rizman Ruzaini masa acara Dubai Fashion Week, Oktober tahun lepas.

Baru-baru ni, dalam podcast yang dihoskan oleh Asyraf Khalid, pereka Rizman Nordin kongsi cerita mereka habiskan sebanyak RM3 juta untuk capai impian Naomi Campbell menggayakan rekaan mereka.

Hampir Batalkan Kerjasama dengan Naomi

Rizman cerita pada awalnya, perancangan nak dapatkan Naomi Campbell agak susah dan hampir putus asa.

“Mula-mula, ramai tak setuju nak guna khidmat Naomi sebab bayarannya mahal sangat. Dalam perbincangan bulan Jun tahun lepas, dia tak bagi respon. Lepas tu bulan Ogos baru jadi,” kata Rizman.

Rundingan Harga yang Mencabar

Lepas Naomi setuju nak peragakan busana mereka, proses rundingan harga antara pengurus Naomi dengan team Rizman Ruzaini pun bermula. Tapi rundingan tu tak semudah disangka sebab populariti Naomi waktu tu makin naik.

“Harga tiba-tiba naik sebab dia jadi muka depan majalah Vogue dan ada dokumentari pasal dia. Sebab tu harga dia mendadak naik.

“Mungkin sebab kami pereka dari Malaysia, dia nak ‘ketuk’ lebih sampai bayaran lebih RM4.5 juta. Tapi kami runding lagi dengan pihak Naomi dan akhirnya dia setuju dengan harga asal,” jelas Rizman.

Rekaan Istimewa

Naomi menggayakan gaun putih hitam yang dihiasi dengan kristal dan dipadankan dengan jaket bolero untuk koleksi musim bunga/panas 2024. Rekaan tu diilhamkan dari legenda rakyat Nusantara yang diberi nama Naga Seri Gumum, cerita tentang naga tidur di Tasik Chini, Pahang.

Fuh, rupanya banyak cabaran yang Rizman Ruzaini hadapi demi nak realisasikan impian mereka. Memang berbaloi usaha mereka!

Video :


Full Video :

Similar Posts