| |

“Boleh Kawal Guna Phone Je” – Pemuda Kongsi Teknologi ‘Berkebun Atas Talian’

Sumber : Tiktok | @irfansallal

Tak dapat dinafikan, banyak teknologi moden sekarang ni memang memudahkan hidup kita. Lagi best kalau teknologi tu boleh digunakan dalam kerja seharian tanpa perlu kita bersusah payah.

Teknologi Berkebun Guna Aplikasi?

Dalam satu video perkongsian oleh @irfansallal, dia menunjukkan cara dia menggunakan teknologi ‘berkebun atas talian’ di kebun sayurnya. Dengan beberapa teknologi yang disambung ke internet dan alat-alat di kebun, Irfan boleh mengawal kebunnya hanya menggunakan telefon pintar.

“Kalau aku dekat UK pun aku masih boleh berkebun. Satu benda yang best tentang berkebun cara moden ni kan, kau boleh guna teknologi,” kata Irfan.

Guna Teknologi Netafirm

Irfan juga tunjuk cara dia mengawal paip air melalui aplikasi dalam telefon pintarnya asalkan ada sambungan internet. Selain itu, dia berkongsi ilmu mengenai teknologi netafirm, di mana ada satu paip halus disambung pada beberapa pokok di kebunnya. Dapat dilihat juga ada satu alat yang dibenamkan dalam tanah pokok tersebut.

Menurut Irfan, fungsi netafirm ni adalah untuk menyamaratakan tekanan air supaya air yang terkumpul dapat disiram pada pokok-pokok secara serentak.

“Benda ni bagus sebab nak pastikan air sekata keluar. Takdelah situ air masuk, situ je dapat air banyak.. yang hujung tak dapat air.”

Selain tu, kita juga boleh tahu berapa jumlah air yang digunakan dalam masa seminit untuk menyiram pokok-pokok guna teknologi netafirm ni.

Tambah Irfan, teknologi ni sebahagian daripada Internet of Things (IoT) yang mana teknologi ni boleh dikawal hanya menggunakan capaian internet.

“You perlu tenaga kerja sikit… bakinya semua automatik termasuklah bacaan baja, pH, EC dan lain-lain. Jadi senanglah sebab aku boleh kawal kerja aku.”

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen teruja tengok teknologi yang dipasang di kebun Irfan.

“Menarik cara ni.. boleh jimat masa dan tenaga!”


Video :

@irfansallal

Bertani pun dah boleh online sekarang tau !!

♬ original sound – Irfan Sallal – Irfan Sallal

Similar Posts