Rapid KL Buat Video Emosi Ala K-Drama, Raih Ribuan Tontonan
Sumber : Tiktok | @myrapidKL
Akaun TikTok Rapid KL memang lain daripada yang lain dan ramai yang suka!
Bukannya kongsi info transit biasa, sistem pengangkutan ini buat video emosi dengan storyline yang menyentuh hati, dan berjaya raih ribuan tontonan.
Kandungan mereka ada aesthetic clip tren dengan muzik Korea Selatan dan caption emosi, atau pasangan yang kongsi detik-detik manis dalam tren atau di stesen.
Antara caption video tersebut termasuk, “Kadang-kadang, ingatan terlalu menyakitkan” dan “Namun kenangan adalah perkara paling berharga yang kita miliki”.
Beberapa video juga rujuk drama Korea Lovely Runner (2024), guna quotes dan muzik dari siri itu.
Video-video ini jelas kena dengan hati penonton, sebab itu ramai yang tonton dan komen, sampai ratusan ribu views!
Video :
Video
Video