[VIDEO] Wajah Isteri Pertama & Aslam Dihina Sebab Tak Guna ‘Filter’, Abang Tesla Tampil ‘Back Up’ – ‘Mak Bapak Kau Tak Ajar Adab Ke?’
Sumber : Tiktok | @abg.tesla
Suami kepada Umisya Mazlan dan Marissa Dania, Aslam, menjadi mangsa penghinaan wajah oleh segelintir netizen susulan perkongsian video oleh pempengaruh, Abang Tesla.
Abang Tesla ‘Back Up’ Aslam dan Majdina
Abang Tesla, atau nama penuhnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, berkongsi momen bersama isterinya termasuk Aslam dan Umisya yang kini sedang bercuti di Bangkok, Thailand.
Dalam video pendek tersebut, mereka berdua menaiki bot di mana Umisya dan Aslam duduk di bahagian hadapan manakala Abang Tesla dan isteri pertamanya, Majdina Jamari, berada di bahagian belakang.
Kedengaran Majdina menyuruh Umisya dan Aslam tersenyum ketika merakam momen romantis mereka. Namun, siapa sangka, hanya dengan video itu, Aslam dan Majdina menjadi mangsa penghinaan wajah oleh netizen. Ramai yang mengutuk wajah Aslam dan Majdina, mengatakan wajah sebenar mereka tidak sama seperti dalam gambar yang dikongsikan sebelum ini.
- “Lain betul rupa dua-dua kalau tak ada filter.”
- “Aslam bila dalam kamera orang lain, dah bukan Aslam.”
- “Beli bedak bagi lah.”
- “Weh, berminyak sangat muka dia tu.”
- “Aslam kena pergi spa buat rawatan muka tu.”
- “Minyak dekat muka berapa kilo tu?”
Abang Tesla Pertahan Aslam dan Majdina
Susulan daripada itu, Abang Tesla tampil membela Aslam dan Majdina serta membalas komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen di TikTok miliknya.
- “Cermin muka sendiri dulu.”
- “Mak bapa kau tak ajar adab ke? Muka kau perfect sangat ke?”
Dengan teguran tersebut, Abang Tesla menunjukkan sokongan kepada Aslam dan Majdina sambil mengingatkan netizen tentang adab dan sikap saling menghormati.
Video :