| |

“Guna trend untuk drag” – Content ‘Mak Saya Suruh Break’ Iqbal Zulkefli Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Sumber : Tiktok | @ahmadiqbalzulkefli

Kalau korang perasan kat FYP TikTok, mesti ada satu trend yang menarik perhatian ramai, “mak kita suruh break sebab…”.

Macam-macam cara dan idea mereka yang mencuit hati kita sebagai penonton, kadang-kadang kreatif sangat sampai kita rasa tak terfikir pun.

Pempengaruh dan usahawan, Iqbal Zulkefli pun tak terkecuali ikut trend ni. Kalau TikToker lain guna alasan macam tak pandai cakap bahasa tertentu, Iqbal guna pendekatan yang berkaitan dengan personaliti seseorang.

Dalam video tu, Iqbal guna ‘lelaki lemah lembut’ sebagai subjek untuk buat trend tu. Dia pakai baju dan berlakon macam wanita, buat kerja-kerja rumah.

“Mak saya suruh kita break sebab nak lelaki lemah lembut”

Video ni dapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang terhibur dan ada juga yang curiga dengan Iqbal sebab menyalah tafsir antara lelaki yang lemah lembut dengan seorang mak nyah.

Hurm, memang kalau lemah lembut kena drag ke? Alaa, mungkin sekadar nak melawak je, cuba kalau orang lain buat, mesti terhibur kan.

Video :

@ahmadiqbalzulkefli

Cuba bagitahu apa lagi sebab mak awak suruh kita break?! Komen!

♬ Lucifer’s Waltz – Secession Studios

Similar Posts