| |

[Video] Gelagat 2 Pemuda Layan Upin & Ipin Di Kedai Mamak Buat Netizen Terhibur

Sumber : Tiktok | @hedirmusa2

Dalam video yang dirakam kat kedai mamak, dua pemuda ni dilihat tengah asyik menonton babak Kak Ros dalam rumah hijau mereka dari cerita Upin & Ipin.

Upin & Ipin ni memang kartun animasi popular dari Malaysia, mula keluar kat TV sejak tahun 2007. Rakyat Malaysia memang suka gila dengan cerita ni. Bukan orang Malaysia je, orang Indonesia pun minat jugak. Lepas tiga tahun, Upin & Ipin dah berjaya masuk pasaran antarabangsa, Sebabnya kartun ni ada banyak pengajaran positif. Cerita pasal hubungan kekeluargaan, budi bahasa dengan orang tua, dan macam-macam lagi.

Pelanggan Dewasa Layan Upin & Ipin Kat Kedai Mamak

Dalam video yang dimuat naik kat TikTok (@hedirmusa2), seorang pelanggan kat kedai mamak perasan dua orang pemuda tengah makan dan tengok Upin & Ipin kat iPad. Yang bestnya, dorang nampak khusyuk gila tengok babak Kak Ros dalam rumah hijau tu. Video ni jadi viral sampai dapat 20,700 views setakat artikel ni ditulis.

Netizen Terhibur Tengok Gelagat 2 Lelaki Dewasa Layan Upin & Ipin Kat Kedai Mamak

Bila tengok kat ruangan komen, ramai netizen yang terhibur tengok gelagat dua lelaki dewasa ni yang rilek je layan Upin & Ipin masa tengah makan kat kedai mamak.

Ada netizen cakap baguslah dorang tengok kartun ni sebab ada banyak pengajaran positif yang boleh dipelajari. Ada jugak yang kata mungkin dorang nak improve Bahasa Melayu. “Ni mesti nak belajar Bahasa Melayu,” kata netizen. Ada netizen lain yang share dia pun suka tengok kartun masa makan sebab rasa lebih seronok. “Aku pun kalau tengah makan mesti tengok kartun, baru best nak makan,” kata netizen.

Upin & Ipin Kini Boleh Ditonton Di Netflix UK & Australia

Pada tahun 2021, kartun kisah kehidupan kembar ni mula ditayangkan kat Netflix di United Kingdom dan Australia.

Menurut laporan Berita Harian, Pengurus Pemasaran Antarabangsa Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Karyabudi Mohd Aris, 39, kata tawaran dari Netflix UK dan Australia ni satu bukti mutu karya Upin Ipin memang tip-top. “Kami bangga bila Netflix UK dan Australia nak tayangkan karya kami. Ini bukti kualiti kandungan kami dan menunjukkan karya kami dah capai standard antarabangsa.

Kejayaan ni buktikan yang cerita dalam Upin & Ipin boleh diterima di mana-mana saja.
Video :

Similar Posts