| |

[VIDEO] Pempengaruh Eira Aziera Mohon Maaf, Redha Bayar RM100k Sebab ‘Body Shaming’ – ‘Saya Tak Sedih & Terkilan’

Sumber : Tiktok | @eiraaziera6699

Pempengaruh dan usahawan, Eira Aziera telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan Md Sidek kerana menghina bentuk fizikalnya pada tahun 2020.

Eira Aziera Bayar RM100k

Melalui hantaran video di TikTok, Eira atau nama sebenarnya Noomzira Pissal, reda dengan keputusan mahkamah yang mengarahkannya membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada Suharnizan.

“Alhamdulillah, Eira dah siap cek (bayaran ganti rugi). Hari yang sangat bermakna dan bersejarah bagi saya. Terima kasih kepada Allah SWT yang mempermudahkan urusan.

Di sini, Eira juga nak selitkan permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan andai ada kata-kata kesat yang kurang menyenangkan dan menyakitkan hati sehingga membuatkan perasaan sedih. Eira susun 10 jari, mohon ampun dan maaf.”

Eira juga memaklumkan bahawa kes mahkamah berhubung isu itu telah pun selesai dan dia akui kesilapan yang telah dilakukan.

“Eira tak ada rasa sedih atau terkilan sebab saya reda dan wajib membayar setiap kesilapan yang dilakukan. Duit ini adalah hasil daripada titik peluh sendiri tanpa buat pinjaman atau gadai untuk bayar kepada Suharnizan.”

Dalam kesempatan itu, Eira turut memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada keterlanjuran dalam berkata-kata dan meminta orang ramai mendoakannya supaya menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.

Sejarah Kes

Pada 13 Oktober 2020, Suharnizan memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal oleh pempengaruh media sosial itu.

Video :

@eiraaziera6699

Pemohonan maaf secara terbuka kepada suharzan md sidek.. 🙏

♬ original sound – Eira Azieraa – Eira Azieraa

Similar Posts