Wanita Kongsi Suami Bekerja Sebagai ‘Badut’ Untuk Tanggung Keluarga – “Janji Rezeki Halal”
Sumber : Tiktok | @nolynjoy
Bagi suami, isteri adalah penguat semangat untuk terus mencari rezeki buat keluarga.
Dengan sokongan isteri dan ahli keluarga, mereka akan lebih berusaha untuk bekerja keras. Tambahan pula dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang, semuanya memerlukan duit.
Namun, mencari pekerjaan hari ini bukanlah mudah seperti dahulu. Ada yang sanggup buat apa saja asalkan sumbernya halal.
Seperti kisah pasangan suami isteri ini yang menarik perhatian ramai apabila suaminya bekerja sebagai badut profesional untuk menampung keluarga.
Tepis Dakwaan Kerja Badut Tidak Boleh Berjaya
Wanita bernama Salina Aziz berkongsi yang suaminya telah mula bekerja sebagai badut sejak tahun 2006 bersama rakannya. Suaminya juga ada buat kerja sambilan sebagai runner, tapi kerja utama tetap sebagai badut profesional.
Ditanya bagaimana penerimaan keluarga tentang pekerjaan suami pada awalnya, Salina beritahu mereka terima dengan hati terbuka.
“Mak ayah saya terima seadanya sebab sikap suami saya yang buat mak ayah saya tertarik, bukan pada pekerjaan dia,” katanya.
Dia juga tidak pedulikan kata-kata orang yang mempertikaikan pekerjaan suaminya kerana ia kerja yang halal.
“Saya tak rasa pekerjaan dia hina, saya rasa bangga sebab dia berbakat dan dapat raikan anak-anak,” katanya.
Dengan pendapatan sebagai badut profesional, suaminya mampu bawa mereka sekeluarga bercuti, menunaikan umrah, dan beli rumah sendiri.
Difahamkan juga, semakin hari permintaan untuk suaminya buat persembahan di acara-acara luar semakin bertambah.
Video
https://www.tiktok.com/@nolynjoy/photo/7377288524183112978?is_from_webapp=1&sender_device=pc