Jangan Malu Hidup Lebih Sederhana, Wanita Kongsi Pengalaman
Sumber : Tiktok | @dekatmic
Zaman sekarang memang banyak benda yang susah, kita kena berusaha lebih untuk capai apa yang kita nak. Tambahan pula, mencari duit untuk meneruskan kehidupan semakin mencabar dengan ekonomi yang tidak menentu.
Walaupun kita rasa selesa dengan gaji sekarang, jangan lupa untuk simpan duit dan jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain. Penting untuk hidup ikut kemampuan sendiri.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah hidupnya dalam satu podcast yang mencuri perhatian ramai.
Rasa Tenang Selepas Downgrade Kehidupan
Dalam video tersebut, DekatMic Podcast menemubual seorang wanita yang berani berkongsi cerita hidupnya dalam episod berkenaan.
Wanita itu berkongsi kisah bagaimana dia tidak malu untuk hidup lebih sederhana berbanding dahulu.
“Kalau dulu saya ada kereta mewah, saya jual dan beli kereta lokal. Aku duk pulun semua benda ni, akhirnya badan aku tak mampu tampung stres tu,” katanya dalam sesi podcast tersebut.
Menurutnya, selepas dia memilih untuk hidup lebih sederhana, mindanya kini lebih tenang dan tidak perlu memikirkan banyak masalah.
Pengalaman Guna Kereta Biasa Berbanding Mewah
Wanita itu juga menasihatkan agar kita tidak malu untuk downgrade gaya hidup. Kadang-kadang, hidup sederhana lebih baik untuk kesihatan mental dan fizikal kita. Jadi, tak salah untuk pakai kereta biasa atau hidup lebih sederhana asalkan kita bahagia dan tenang.
Kisah wanita ini mengingatkan kita semua supaya sentiasa hidup ikut kemampuan sendiri dan tidak terlalu memikirkan pandangan orang lain.
Video :