| |

[VIDEO] Elfira Loy Bakal Tunaikan Ibadah Haji, Menangis Terharu Ramai Bantu Buat Persiapan

Sumber : Tiktok | @justelfiraloy

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa sebaknya apabila ramai yang membantunya membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji.

Dalam perkongsian di TikTok, Elfira dilihat menangis selepas mencuba pakaian yang diberikan oleh jenama muslimah tempatan untuk dibawa ke Tanah Suci Makkah.

“Assalamualaikum. Hari ni hari pertama saya cuba baju-baju yang orang bagi. Saya tak pernah buat video menangis macam ni tapi rasa terharu bila ramai sangat yang tolong siapkan baju, hantar tudung semua.”

“Saya sangat tersentuh. Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang banyak tolong saya. Saya rasa sebak sebab ini baju pertama yang saya cuba untuk packing baju haji saya.”

Selain itu, Elfira juga menyatakan rasa tidak percayanya apabila mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji.

“Bismillahirrahmanirrahim. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu. Tapi saya pun masih di fasa tak percaya. Doakan saja yang baik-baik dulu.”

Semoga Elfira diberikan kemudahan dan kelancaran dalam mengerjakan ibadah haji.

Video :

@justelfiraloy

Bismillahirrahmanirrahim. Mungkin ad ayanh tahu , mungkin ada yang taktahu. Tapi saya pun masih di fasa tak percaya. Doakan saja baik baik dulu.

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Similar Posts