Pelancong Asing Tunggang E-Skuter Di Tengah Jalan, Dikecam Netizen
Sumber : Tiktok | @nikhaelniel
Kelihatan dua individu yang dipercayai pelancong asing menaiki skuter elektrik di jalan raya yang sibuk sekitar bandar Kuala Lumpur.
Negara kita memang terkenal bukan sahaja dengan penduduk tempatan yang suka bersiar-siar, tapi juga sebagai destinasi utama pelancong asing.
Selain pelbagai kemudahan pengangkutan awam, ramai juga gemar menggunakan perkhidmatan e-skuter yang banyak terdapat di ibu kota, Kuala Lumpur. E-skuter ni bukan sahaja senang nak guna, malah kita boleh menikmati pemandangan sekitar bandar dengan lebih jelas.
Pelancong Asing Naik E-Skuter Di Tengah Jalan Raya
Baru-baru ni, tular satu video di TikTok (@nikhaelneil) yang menunjukkan situasi bahaya di jalan raya bandar Kuala Lumpur. Dalam klip tersebut, kelihatan dua orang pelancong asing sedang menaiki skuter elektrik di tengah-tengah jalan yang sibuk.
Yang lebih membahayakan, pasangan itu dilihat berada di tengah laluan. Pembonceng e-skuter tersebut sempat merakam bangunan-bangunan yang dilalui, macam tengah enjoy pemandangan tu. Dua pelancong berkenaan kemudian menyusur ke laluan kiri bersama kenderaan lain.
Netizen Kritik Aksi Bahaya Tunggang E-Skuter Di Tengah Jalan Raya
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan pelancong asing yang tidak bertanggungjawab itu.
“Apa masalah bawa beam dekat situ, kalau terlanggar nanti cakap kita buta pula,” kata seorang pengguna TikTok.
Ada juga yang kecewa sebab dua pelancong asing berkenaan tak patuhi peraturan walaupun dah dimaklumkan.
“Masa muat turun aplikasi ni (perkhidmatan e-skuter), dah bagi tahu tak boleh tunggang di atas jalan raya dan tak boleh berdua,” ujar seorang lelaki.
Ramai juga kongsi pengalaman sama ketika di ibu kota.
“Itu belum lawan arus dekat kawasan KLCC dan Bukit Bintang. Kereta dan motor pula yang kena elak,” jelas seorang wanita.
Ramai juga berharap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap dua pelancong asing tersebut.
Tunggang E-Skuter Di Jalan Raya Adalah Satu Kesalahan
Bagi yang tak tahu, penggunaan e-skuter di atas jalan raya adalah satu kesalahan bermula 1 Januari 2021 lalu. Penunggang skuter elektrik yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 bagi kesalahan seterusnya atau penjara selama tiga bulan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sebaliknya, skuter elektrik ni boleh digunakan di kawasan yang dibenarkan seperti taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.
Video :