| |

[VIDEO] Azhar Sulaiman ‘Pening Kepala’ Rumah Dimasuki Monyet – ‘Nak Mengeluh Pun Tak Guna, Behar Arkitek Rumah Ini’

Sumber : Tiktok | @theazharsulaiman

Pelakon berpengalaman, Azhar Sulaiman, meluahkan rasa kecewa selepas rumah yang direkanya sendiri diceroboh masuk oleh sekawan monyet baru-baru ini.

Menerusi hantaran video di TikTok, Azhar yang lebih mesra disapa Behar ini memaklumkan bahawa monyet-monyet tersebut bukan sahaja menceroboh masuk, malah membuat ‘onar’ dengan memunggah barangan di dalam rumahnya sehingga berselerak.

Nak mengeluh pun tak guna sebab Behar arkitek untuk rumah ini. Pada asalnya, saya design banyak pintu macam ini supaya waktu petang boleh lah nak ambil angin segar. Akhirnya, monyet masuk rumah, habis berselerak.”

Di akhir video tersebut, Azhar yang juga bapa kepada pempengaruh Kasih Iris Leona menganggap kejadian di rumahnya itu sebagai satu mimpi buruk.

“Weh, ‘nightmare’ gila. Apahal diorang ini ya?”

Video tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-ratanya memberikan cadangan kepada pelakon berusia 52 tahun itu untuk meningkatkan keselamatan rumahnya dengan memasang pagar bergerigi.

Video :

Similar Posts