[Video] Gara-gara Tak Tarik Handbrake Sampai Habis, 2 Motosikal Rempuh Ativa Di Balakong
Sumber : X | @updateinfo111
Kedua-dua motosikal yang dirempuh oleh Perodua Ativa yang mengundur hingga memasuki Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) telah mengalami kecederaan.
Antara punca utama kemalangan adalah sikap cuai pemandu yang mungkin tak disedari pada mulanya. Walaupun kita dah pastikan pemanduan kita selamat, kecuaian pemandu lain boleh jejas kita dan boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian.
Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, keselamatan diri dan orang lain adalah perkara yang perlu diambil serius.
Pemandu Tak Tarik Brek Tangan Punca Kereta Mengundur, Terlanggar Penunggang Motosikal
Menerusi ciapan di laman X (@update1111), satu kemalangan berlaku di Balakong, Selangor. Sebuah Perodua Ativa yang tiada pemandu mengundur ke belakang dan dirempuh dua penunggang motosikal.
Dalam video tersebut, kereta putih itu dilihat memasuki perkarangan cawangan Perodua dan memarkir kenderaannya sebelum pemandunya keluar tanpa menutup pintu. Kereta itu juga tidak ditarik brek tangan atau diletakkan dalam gear ‘P’.
Kecuaian ini menyebabkan kereta tanpa pemandu itu mengundur ke belakang dan masuk ke jalan raya. Keadaan jadi lebih parah bila kereta itu dirempuh dua buah motosikal yang sedang dipandu laju, manakala beberapa kereta lain terpaksa brek mengejut.
Menyedari situasi itu, beberapa staf Perodua dan pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.
Kes Kini Disiasat Oleh Pihak Polis
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian yang berlaku pada 8:20 pagi Jumaat lalu (7 Jun) disebabkan oleh pemandu berusia 34 tahun tidak menarik brek tangan dengan kemas. Kedua-dua motosikal yang dirempuh di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) mengalami kecederaan.
Salah seorang mangsa, wanita berusia 31 tahun, telah membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut. Kes ini kini disiasat mengikut Peraturan 14 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 14 LN 166/59) iaitu tidak mematikan enjin kenderaan atau tidak memasang brek semasa meninggalkan kenderaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nor Shahidan, di 012-3910630 untuk membantu siasatan.
Video :