| |

“Atuk Dari Syurga” – Warga Emas Ubah Suai Bangku Untuk Latih Cucu Sindrom Down Berjalan Raih Pujian

Sumber : Tiktok | @madahmawaddah0

Haider Luthfan, seorang kanak-kanak dengan sindrom Down, sukar untuk berjalan kerana ototnya lemah. Sindrom Down adalah penyakit genetik yang berlaku satu dalam setiap 800 kelahiran, dan kanak-kanak dengan penyakit ini sering menghadapi masalah kesihatan serta ciri fizikal yang berbeza seperti tubuh pendek, kepala kecil, dan pertumbuhan yang lambat.

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok (@madahmawaddahh0) menunjukkan seorang atuk yang kreatif melatih cucunya, Haider Luthfan, yang berusia 2 tahun, untuk berjalan. Dalam video tersebut, atuk ini mengubah suai bangku sedia ada dengan menambah dua batang kayu—satu sebagai pemegang tangan dan satu lagi untuk meletakkan tablet.

Atuk ini mencipta inovasi ini supaya Haider boleh berlatih berjalan sendiri. Batang kayu yang dipegang oleh Haider akan ditolak sedikit demi sedikit, membantu dia melangkah ke depan. Tablet yang dilekatkan juga membantu menarik perhatian Haider untuk bergerak.

“Selama hari ini, bukan Haider tak nak berjalan. Dia tak boleh berjalan. Takpe baby. Kita usaha sama-sama, ya!” kata ibunya di ruangan kapsyen.

Ibunya, Madah, berkata di ruangan komen bahawa bapanya telah melakukan pelbagai inovasi di rumah untuk memudahkan urusan Haider, termasuk tempat mandi dan tidur untuk si kecil.

Netizen Puji Atuk Guna Idea Kreatif Untuk Mudahkan Si Kecil Berjalan

Di ruangan komen, ramai netizen memuji usaha atuk ini.

“Berkaca mata tengok atuk layan cucu. Penuh kasih sayang. Semoga Allah permudahkan urusan atuk dunia dan akhirat,” kata seorang wanita.

Seorang lagi netizen berkongsi pengalaman keluarga yang juga menghadapi sindrom Down.

“Adik saya pun Sindrom Down juga. Nak dekat 3 tahun baru dia boleh berjalan sendiri. Alhamdulillah sekarang dia dah 10 tahun. Semoga Haider boleh berjalan juga ya,” katanya.

Netizen lain menyatakan bahawa pengalaman luas atuk tersebut membuatkan dia kreatif dalam mencipta alat untuk Haider.

“Orang lama jarang tak padu. Terbaik atuk, pengalaman demi cucu,” ujar seorang pengguna TikTok.

Ramai juga netizen yang menitipkan doa agar Haider sentiasa membesar dengan sihat, Insya-Allah.

Video :

@madahmawaddahh0

Selama hari ini, bukan dia taknak berjalan. Dia tak boleh berjalan😭 Takpe baby. Kita usaha sama-sama, ya!💪 #babydownsyndrome #ASDvsVSD #hirschprungswarrior #journeyumihaiderluthfan #alhamdulillahforeverything @Hzaine

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Similar Posts