Dipercayai Perbuatan Khianat, Tukang Paip Terkejut Jumpa Tengkorak Babi Dalam Tangki Air
Sumber : Tiktok | @aldiansah623
Pemeriksaan tangki air di rumah memang jarang kita lakukan, sampai boleh dikira dengan jari berapa kali setahun kita periksa.
Tapi, lepas ini mungkin anda akan lebih kerap buat pemeriksaan sebab pendedahan seorang tukang paip yang jumpa tengkorak babi dalam tangki air rumah pelanggan yang dia nak selenggara.
Dalam video yang dikongsikan, tukang paip itu nampak tengkorak babi di dasar tangki lepas dia buka penutup tangki untuk buat penyelenggaraan.
Kejadian ini berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan dan rumah tersebut milik keluarga beragama Islam. Dia meluahkan rasa kecewa dengan sifat dengki orang yang sanggup buat khianat macam ini.
“Tak kesian ke dekat orang? Ingat tak dosa? Ini memang dosa sebab letak benda ini, tong air buat ambil wudhuk, gosok gigi dah dicemari,” keluh lelaki itu.
Di ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan tuan rumah yang mungkin selama ini guna air dari tangki itu tanpa sedar ada bangkai babi di dalamnya.
Ada juga yang kata ini mungkin ada kaitan dengan amalan sihir. Jadi, ramai yang terpanggil untuk periksa tangki air masing-masing sebab takut kejadian sama berlaku.
Walaupun ada yang cuba berfikiran positif dengan kata mungkin binatang lain yang bawa bangkai itu, tetap agak tak logik sebab tangki itu tinggi di atas bumbung dan dalam keadaan tertutup.
Video :