| |

Eksperimen Sosial Dedah Ramai Tak Tahu Nama Penuh Nabi Muhammad S.A.W.

Sumber : Tiktok | @dventuressg

Rata-rata orang ramai di Singapore Expo tidak tahu nama penuh Nabi Muhammad SAW, tapi boleh jawab nama selebriti terkenal seperti Brad Pitt.

Sejak kebelakangan ini, konten eksperimen sosial makin banyak muncul. Biasanya, konten-konten ini dibuat untuk lihat sejauh mana pengetahuan am seseorang.

Contohnya, sebelum ini ramai yang tidak kenal potret Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Eksperimen sosial ini tunjuk bahawa ramai di kalangan masyarakat yang tidak ambil peduli tentang tokoh-tokoh hebat terdahulu.

Ramai Tidak Tahu Nama Penuh Nabi Muhammad SAW

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok (@dventuressg), bila seorang lelaki buat eksperimen sosial dengan orang awam di Singapore Expo.

Lelaki itu mula sebut nama figura terkenal, dan orang lain perlu sambung nama penuh.

Antara nama-nama yang disebut ialah Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, dan Brad Pitt. Semua orang boleh jawab dengan mudah.

Tapi bila ditanya tentang nama penuh khalifah umat Islam, iaitu Nabi Muhammad SAW bin Abdullah, ramai yang tak dapat jawab.

Rata-rata orang ramai tak dapat jawab bila ditanya, “Nabi Muhammad bin?”

Di akhir video, lelaki tersebut berkata bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi paling penting yang pernah lahir di muka bumi ini.

Tambahnya lagi, orang ramai sepatutnya lebih kenal Baginda berbanding kenal ibu bapa sendiri.

Video :

Similar Posts