| |

Lelaki Pasrah Isteri Borong Sakan Di Pasar Malam Sampai Lupa Tujuan – “Sawi Entah Ke Mana”

Sumber : X | @ricxxxkiddo

Kaum wanita memang terkenal dengan hobi membeli-belah, tak kira di mana mereka berada. Sebab tu, ramai suami ‘surrender’ awal kalau teman isteri mereka berjalan. Kadang-kadang, tujuan asal cuma nak cuci mata saja, tiba-tiba penuh tangan dengan beg plastik.

Sama seperti video yang tular di laman X ini, di mana seorang lelaki menurunkan isterinya di pasar malam untuk beli sayur sawi. Tapi, lain pula yang terjadi.

Dalam video yang dimuat naik oleh @ricxxxkiddo, lelaki itu berpesan kepada isterinya supaya hanya beli sayur sawi di pasar malam tersebut.

“Ingat awak jangan beli banyak sangat tau, beli apa yang ingat. Sawi, sawi! Haa bakul dah penuh ni ha,” katanya.

Si isteri pada mulanya mengiyakan saja pesanan suaminya. Namun, beberapa minit kemudian dia datang semula dengan banyak plastik di tangan.

“Aku dah agak dah, sekali sawi entah ke mana,” kata suaminya lagi.

Video :

“Percayalah, beli satu sampai berplastik haha,” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut, netizen di laman X turut terhibur dan ramai yang boleh relate dengan situasi lelaki itu.

Mana mungkin beli sawi je bang, banyak lagi yang menarik dekat pasar malam tu!

Similar Posts