| |

Tular Lipas Berkeliaran Dalam Ruangan Roti Di Kedai Bakeri, Netizen Luah Rasa Jijik

Sumber : Tiktok | @teahx97

Anak lipas berkenaan dilihat berkeliaran di dalam ruangan roti sosej yang dijual kepada pelanggan.

Kebersihan adalah aspek yang paling penting bila kita kerja dalam bidang makanan dan minuman, tak kira kedai makan murah ke mahal.

Hal ni sangat penting sebab ia melibatkan tahap keselamatan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.

Kalau makanan atau minuman tu tercemar, ia berisiko menyebabkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan, cirit-birit, dan macam-macam lagi.

Pelanggan Terjumpa Lipas Di Bahagian Simpanan Roti Di Kedai Bakeri

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@teahx97), seorang pelanggan tunjuk seekor anak lipas yang dia jumpa dalam ruangan penyimpanan roti di sebuah kedai bakeri tempatan.

Anak lipas tu berkeliaran dalam ruangan roti sosej yang dijual kepada pelanggan.

Di ruangan kapsyen video tu, wanita tersebut sempat buat gurauan dari perspektif serangga tu yang kononnya tengah memantau keadaan roti sosej.

Walau bagaimanapun, wanita ni tak dedahkan lokasi sebenar kejadian tu berlaku.

Video berdurasi tujuh saat itu mendapat perhatian ramai sehingga meraih 346,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Netizen Geli Lihat Kewujudan Anak Lipas Di Bakeri Terbabit

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen luahkan rasa geli dan tak selesa nak beli roti di kedai bakeri lepas tengok kewujudan anak lipas dalam bekas simpanan roti yang terdedah.

Ada juga netizen yang kata pernah nampak insiden sama masa nak buat pembayaran di kaunter di sebuah kedai roti.

Segelintir pengguna media sosial pula rasa premis tersebut patut dilaporkan kepada pihak berkuasa sehingga perlu ditutup dengan notis supaya perkara ini dapat perhatian pengurus kedai.

“Kena report biar tutup bernotis baru terhegeh diorang punya area manager nak turun padang,” kata seorang netizen.

Walau bagaimanapun, hasil carian pihak kami di bahagian komen mendapati ramai netizen dakwa premis tersebut adalah bakeri tempatan jenama Harold’s Bread.

Harold’s Tutup Cawangan Untuk Proses Pembersihan

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook (Harold’s Bread), premis bakeri tersebut keluarkan satu kenyataan tentang penutupan cawangan kedai roti di Lotus’s Sungai Petani (Selatan) pada hari ini (10 Jun).

Penutupan tersebut adalah untuk proses pembersihan dalaman.

“Kami komited sepenuhnya untuk hasilkan produk makanan yang bersih dan bermutu tinggi untuk semua pelanggan kami,” kata Harold’s Bread.

Kenyataan itu diakhiri dengan ucapan maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Video :

@teahx97

🪳 : Roti dalam keadaan baik Tuan !!! #bread #malaysia

♬ original sound – sab🌻 – sab🌻

Similar Posts