| |

[VIDEO] Pasangan Pengantin Pilih Nikah Di Pejabat Agama Sebab Lebih Mudah & Tak Renyah

Sumber : Tiktok | @nadiamdyusof

Yang penting, jangan ikut cakap orang.

Untuk pasangan pengantin, sudah tentu ada impian buat majlis persandingan, kan? Tapi, kita semua tahu, buat majlis kahwin memang menelan kos yang besar. Sebab itu, ada yang sarankan supaya pasangan pengantin bersederhana saja.

Baru-baru ini, sepasang pengantin yang buat majlis merisik dan nikah secara kecil-kecilan mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Buat Majlis Ikut Kemampuan Sendiri Sebab Tak Nak Tanggung Hutang

Dalam video tersebut, pasangan pengantin berkongsi suasana majlis merisik dan nikah mereka.

Untuk majlis merisik, gadis itu hanya pinjam cincin daripada bakal mak mertua dan tak pasang pelamin di rumah.

Untuk majlis nikah pula, mereka pilih untuk bernikah di pejabat agama sebab ia lebih mudah dan tak perlu ikut prosedur permohonan untuk buat majlis di tempat lain seperti masjid, yang kadang-kadang agak merenyahkan.

Gadis itu juga kongsi wang hantarannya hanyalah RM7,000 walaupun dia ada ijazah sarjana muda.

“Kalau awal-awal dah berhutang, sebab nak ikutkan grand sama macam majlis orang lain,” tulisnya.

Betul tu, ikutlah kemampuan masing-masing dan jangan terbeban dengan gaya orang lain.

Similar Posts