Aisyah Hijanah & Suami Dituduh Menipu, Didakwa Mengumpul Derma untuk Kepentingan Peribadi?
Sumber : Facebook | @PW Community
Tanpa sebarang tanda, nama Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah, menjadi viral di media sosial. Aisyah dituduh menggunakan kisah perkahwinan suaminya, Aliff Teega, sebagai content untuk meraih simpati dan perhatian daripada netizen.
Bukan setakat itu, Aisyah juga dituduh membuang pekerjanya kerana mempersoalkan audit syarikat serta mengumpul derma untuk kepentingan peribadi. Betul ke?
Tuduhan di Facebook
Menerusi satu posting di Facebook PW Community, Aisyah didakwa mengumpul derma hampir setiap bulan untuk kepentingan peribadi. Tambah mereka, kutipan tersebut mempunyai tujuan yang berbeza-beza.
Difahamkan ada juga dakwaan yang mengatakan terdapat laporan dan bukti Aisyah menipu. Sebab itulah kisahnya menjadi viral di media sosial.
Komen Netizen
Katanya posting ini tiba-tiba hilang di Instagram. Ada sesiapa boleh sahkan? Setakat around 7.30 pm tadi dah kutip RM40 ribu. Jika ikhlas kutip untuk buat amal, kenapa delete? Mungkin Aisyah dan suami dah rasa bahangnya.
Respon Aisyah
Susulan dari dakwaan tersebut, Aisyah tampil membalas tuduhan itu. Menurut Aisyah, setiap kutipan yang dilakukan pasti disertakan dengan resit yang sah dan video sebagai bukti akan dimuat naik di media sosial.
“Saya hanya menggunakan platform ini untuk membantu ramai lagi yang ingin menyumbang dan meluaskan peluang orang untuk menyumbang. Syarikat saya mempunyai audit yang jelas dan kami lakukan setiap tahun.”
Penjelasan Aisyah
Jualan Hijanah juga sama seperti syarikat pengasas yang lain di media sosial. Cuma saya sendiri bukanlah orang yang suka mempamerkan kemewahan dari pakaian saya. Siapa yang kenal, tahulah saya bagaimana.
Tambah Aisyah, dia sedang dalam perjalanan untuk mengerjakan haji. Oleh itu, dia menyerahkan hal tersebut kepada pihak peguam untuk proses tindakan selanjutnya.
“Saya ambil maklum atas apa yang berlaku dan sudah memberikan kesemuanya kepada peguam saya untuk ambil tindakan. Bukti juga sudah pun diberikan bagi dibicarakan di mahkamah kelak. Tidak wajarlah sekiranya apa yang saya miliki hari ini hanya dinilai daripada kempen sedekah yang dibuka, walhal usaha keras daripada 2018 sehingga ke hari ini tidak dinilai sama sekali.”
Langkah Selanjutnya
Kes ini akan diambil tindakan setelah pulang daripada Haji nanti.
Photo :

