Bekas Isteri Andika Putera Nafi Keadaan Anak Jadi Punca Penceraian – ‘Kalau Allah Dah Takdirkan, Maka Jadilah Ia’
Sumber : TikTok | @anandanatashaa1
Melalui TikTok, Natasha memberikan penjelasan setelah menerima komen daripada seorang pengikutnya di ruangan komen.
Menurut Natasha, penceraian dengan Andika tidak ada kena mengena dengan anak mereka, Alisha, yang lahir dengan keadaan sumbing.
Netizen Spekulasi Punca Penceraian
Seorang netizen berpendapat, “Terfikir mereka bercerai sebab terpaksa atau mungkin kalau bersama, zuriat-zuriat yang akan datang mungkin ada masalah fizikal atau mental.”
Natasha menjawab, “Sebenarnya saya tak nak ulas mengenai penceraian lagi tapi saya risau kalau-kalau komen sebegini boleh timbulkan salah faham.”
Penjelasan Natasha
Natasha menegaskan bahawa penceraian mereka tidak berkaitan dengan zuriat ataupun keadaan Alisha. “Yang pertama, penceraian saya tak ada kena mengena langsung dengan zuriat ataupun Alisha. Kedua, ada juga yang kata kami bercerai mungkin disebabkan genetik dan sebab saya orang jauh. Itu pun tak ada kena mengena sebab kalau Allah dah takdirkan seseorang itu akan dapat zuriat yang sebegitu, maka jadilah ia.”
Natasha menambah, “Tak kisahlah doktor ke apa ke dan kalau korang kahwin dengan orang lokal sekali pun boleh terjadi juga.”
Ramai Orang Tempatan Alami Situasi Sama
Natasha turut menyebut bahawa ramai orang tempatan, termasuk yang mempunyai pekerjaan baik, dikurniakan anak yang lahir dengan keadaan sumbing. “Saya ada masuk group ‘cleft’ dan ramai saja orang tempatan bahkan ada yang doktor dikurniakan anak dalam keadaan sumbing. Bahkan ada yang lebih teruk daripada itu. Kenapa? Sebab itu adalah takdir Tuhan.”
Harapan Natasha
Di akhir video, Natasha berharap agar orang ramai tidak lagi menjadikan isu zuriat sebagai punca perbincangan kerana ia boleh mengguriskan hati anaknya, Alisha. “Korang janganlah cakap pasal zuriat, kesian Alisha. Terasa dia tau.”
Video :