Ibu Bapa Zayn Rayyan Tidak Mengaku Bersalah Abai Anak
Sumber : TikTok | @ohbulanofficial
Hari ini adalah hari yang penuh debaran bagi seluruh rakyat Malaysia kerana ia akan menentukan nasib ibu bapa Zayn Rayyan, sama ada mereka akan dihukum atau dilepaskan daripada tuduhan berkaitan pembunuhan kanak-kanak autisme itu.
Menurut laporan Berita Harian, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin telah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada Disember tahun lalu.
Namun, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, kedua-duanya berusia 29 tahun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Kes ini didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.
Ibu bapa Zayn Rayyan telah ditahan reman pada 31 Mei lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 kerana membunuh, dan reman mereka tamat hari ini.
Video :