·

“Kadang tak laku..” – Netizen kesian dengan pak cik bertongkat yang gigih jual bantal kekabu dari pukul 7 pagi.

Sumber : Tiktok | @reezmell

Bermacam-macam cara dilakukan oleh segelintir orang demi mendapatkan wang, meskipun hasilnya tidak seberapa. Walaupun usia sudah lanjut, sepasang suami isteri ini tetap gigih mencari rezeki di sekitar Seri Kembangan, Selangor.

Pak Cik Bertongkat Jual Bantal Kekabu

Dalam video yang dikongsi oleh @reezmell di TikTok, terlihat seorang pak cik yang menggunakan tongkat berjalan bersama isterinya untuk menjual bantal kekabu dari but kereta mereka. Walaupun menggunakan tongkat, pak cik tersebut masih memegang pintu kereta untuk berdiri teguh.

Pasangan suami isteri ini mula berniaga seawal jam 7 pagi di depan sebuah restoran sate. Malangnya, kadang-kadang bantal yang dijual tidak laku walaupun hari semakin panas.

“Seawal 7 pagi, pak cik bersama isterinya parkir kereta depan restoran sate 7 pagi untuk jual bantal kekabu. Sampai jam 12 tengah hari masih belum laku walau sebiji,” kata pemilik video tersebut.

Namun, pemilik video tersebut membantu pasangan suami isteri itu dengan membeli beberapa bantal dan mempromosikannya di ruangan kapsyen.

“Jom gunakan kuasa lariskan bantal kekabu jualan mak cik pakcik ni. Hanya RM30 sebiji. Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam berkongsi rezeki juga.”

Baik sungguh hati semua orang yang ingin menolong pak cik ini. Semoga rezeki mereka juga sentiasa murah!

Video :

@reezmell

Seawal 7 pagi pakcik bersama isterinya parking kereta depan restoran sate 7 pagi utk jual bantal kekabu. Sampai jam 12 tengahari masih belum laku walau sebiji..jom netizen gunakan kuasa lariskan bantal kekabu jualan makcik pakcik ni.. hanya rm30sebijik. Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam berkongsi rezeki juga.. aminyra #kongsirezeki #pakcikmakcikjualbantal #fypmalaysia #rakyattorakyat #jomsupport #fypシ゚viral #bantalkekabu #dyp

♬ Dealova Piano – DNP