Hari ini, Faisal Halim, juga dikenali sebagai Mickey, membuat penampilan sulung dalam sidang media di Shah Alam, Selangor.
Sumber : X | @@501Awani
Tragedi yang menimpa pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim, telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Meskipun banyak teori berlegar mengenai dalang di sebalik insiden tersebut, pihak polis masih menjalankan siasatan.
Hari ini, Faisal Halim, yang juga dikenali sebagai Mickey, membuat penampilan sulung dalam satu sidang media yang diadakan di Shah Alam, Selangor. Dalam sidang media tersebut, Faisal kelihatan dalam keadaan semakin baik, walaupun wajah dan lengannya dipenuhi parut akibat simbahan asid.
Dengan nada penuh hiba, Faisal, yang juga merupakan bintang Selangor FC, menyatakan bahawa dia sanggup melepaskan gaji berpuluh ribu ringgit sebagai pemain bola sepak demi keselamatan dirinya dan keluarganya.
“Saya cakap kepada isteri serta keluarga saya, saya tak kisah saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, saya nak balik kampung hidup tenang. Walaupun gaji sehari 50-100 janji keluarga selamat, saya tak perlu hidup dalam ketakutan,” luahnya.
Faisal turut menyatakan keyakinannya terhadap keselamatan yang dijanjikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato’ Sri Shahril Mokhtar, serta menghargai suntikan semangat daripada beliau dan semua yang mendoakan kesihatannya.
Sama-sama kita doakan agar Faisal dapat kembali beraksi di padang bola sepak dan menjalani kehidupan yang tenang bersama keluarganya.
Video :