‘Saya & Aedy Tak Rapat Macam Dulu, Kami Bawa Haluan Masing-Masing’ – Amelia Handerson
Sumber : TikTok | @imyourdaisyyy
Pelakon Amelia Handerson mendedahkan bahawa hubungannya dengan aktor Aedy Ashraf tidak lagi seakrab dulu.
Amelia & Aedy Kini Sekadar Kawan
Menurut Amelia, atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, salah satu sebab hubungan mereka renggang adalah kerana kesibukan kerja dan kekangan masa.
“Saya tak tahu macam mana nak jawab soalan ni, tapi saya dan Aedy hanya kawan dan tak rapat macam dulu. Mungkin sebab masa kami tak sesuai untuk bersama dan saya rasa tak nak cerita panjang pasal hal ni,” jelasnya.
Perkara ini dikongsi oleh Amelia sebagai respon kepada pertanyaan peminat semasa sesi siaran langsung di Instagram.
Hormati Privasi, Tak Keluarkan Kenyataan
Tambah Amelia, dia dan Aedy sebelum ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka kerana saling menghormati.
“Sekarang kami dah bawa haluan masing-masing dan tiada apa yang perlu diulas. Kadang-kadang, sesuatu perkara berakhir sebab masa tak sesuai. Benda ni dah lama berlaku cuma kami tak buat kenyataan sebab kami saling menghormati,” tambahnya lagi.
Doakan Yang Terbaik Untuk Aedy
Amelia juga menyifatkan Aedy sebagai seorang pelakon yang hebat dan mendoakan yang terbaik untuk kerjaya seninya.
Video :