| |

Untuk membantu Gaza, pemain gitar kumpulan Sheila On 7, Eros Chandra Lelong gitar miliknya.

Sumber : Instagram | @erosscandra

Sumber : Instagram | @smosyu_music

Pemain gitar kumpulan Sheila On 7, Eros Chandra, baru-baru ini melaksanakan tindakan mulia dengan melelong gitar peribadinya untuk disumbangkan ke Gaza. Gitar yang dilelong adalah Fender Telecaster Signature miliknya yang digunakan dalam Konsert ‘Tunggu Aku Di Jakarta 2023’, yang merupakan konsert pertama kumpulannya setelah pandemik.

Lelongan tersebut diadakan melalui Instagram @smosyu_music dan berlangsung selama sehari dengan harga permulaan Rp.5,000,000 (sekitar RM1,444). Akhirnya, gitar itu dimenangi dengan tawaran tertinggi Rp.125,000,000 (sekitar RM36,000) oleh @cyberbagus.

Pembida kedua dan ketiga tertinggi juga membuat sumbangan hebat dengan mendermakan bidaan mereka masing-masing, yaitu Rp.110,100,000 (sekitar RM31,800) dan Rp.100,000,000 (sekitar RM28,900) ke Gaza Palestina melalui Baznas, lembaga pemerintah yang menyalurkan zakat dan infak di Indonesia.

Secara keseluruhan, acara ‘Lelang Gitar Untuk Gaza’ ini berhasil mengumpulkan total Rp.325,100,000 (sekitar RM93,966) untuk didermakan kepada Gaza.

Ini bukanlah kali pertama Eros melakukan lelongan gitar untuk tujuan amal. Sebelum ini, pada Konsert Tombo Aji Ridha Ilahi – Opick Dan Sakti Live In Kuala Lumpur tahun 2023, gitar miliknya juga dilelong dengan hasil sebesar RM11,000 yang disumbangkan ke tabung Palestin untuk membantu rakyat Gaza.

Tindakan Eros Chandra ini mencerminkan kepedulian serta keinginan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, menggunakan asetnya yang bernilai sentimental untuk tujuan yang lebih besar dan bermakna.

Photos :

Similar Posts