| |

Perlawanan Piala FA antara Selangor FC dan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya semalam jadi lebih meriah sebab Faisal Halim ada di kalangan penonton

Sumber : X | @nazrinarifs15

Perlawanan Piala FA antara Selangor FC dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Petaling Jaya semalam bertambah meriah dengan kehadiran Faisal Halim di bangku penonton. Pemain sayap Harimau Malaya dan tonggak utama pasukan Selangor itu dilihat hadir bersama keluarganya bagi menyaksikan perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 4-0 untuk Selangor.

Kehadiran Faisal, yang lebih dikenali dengan gelaran Mickey, sangat bermakna bagi pemain dan penyokong pasukan. Kehadirannya merupakan kali pertama selepas lebih tiga minggu menjalani rawatan akibat kejadian simbah asid yang menimpa dirinya.

Terdahulu, Faisal pertama kali tampil di khalayak umum selepas kejadian mengerikan itu pada Khamis, ketika sidang media khas yang diadakan oleh pihak kelab. Kehadiran Faisal di stadium semalam memberikan semangat tambahan kepada pasukan dan peminat, memperlihatkan ketabahannya dalam menghadapi ujian.

Video :

Similar Posts