·

Seorang pelajar cemerlang beri hadiah figura One Piece kepada gurunya, yang dibeli dari Jepun

Sumber : TikTok | @mkh.riz

Setiap tahun, kita sering melihat kejayaan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kebiasaannya, guru-guru akan teruja dan memberikan hadiah kepada anak murid mereka yang berjaya.

Namun, tular satu video yang memaparkan seorang pelajar cemerlang memberikan hadiah figura One Piece kepada gurunya yang dibeli dari Jepun. Riak wajah dan reaksi gurunya sangat comel apabila tergamam dan tidak menjangkakan hadiah tersebut.

Hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan dari pelajar itu kepada guru yang telah membantunya mencapai keputusan cemerlang. Rata-rata netizen memberikan komen pujian dan ada juga yang cemburu dengan pemberian figura rare itu.

“Best betul dapat hadiah rare macam tu, terasa berbaloi mengajar dengan result cemerlang,” kata seorang netizen.

Hadiah tersebut bukan sahaja istimewa, tetapi juga memperlihatkan betapa pelajar tersebut menghargai usaha dan dedikasi gurunya.

Video :

@mkh.riz

From a One Piece fan to another. Thanks for the A in Bio🤭💛 Enjoy Sir @Iqbal Ahyar #megatourmcplus #fyp #onepiece

♬ original sound – mkh.riz – mkh.riz