Jemaah Haji Indonesia Selamba Jual Rojak di Tanah Suci, Buat Netizen Terkedu
Sumber : Youtube
Umat Islam diajar untuk fokus beribadah dan meninggalkan urusan dunia ketika di tanah suci. Tapi, ada juga yang tetap mahu mencari rezeki di sana.
Baru-baru ini, satu video yang tular di media sosial menunjukkan dua jemaah haji dipercayai dari Indonesia mengambil kesempatan menjual rojak di Padang Arafah sambil beribadah.
Lebih menyedihkan, kawasan mereka berniaga kelihatan kotor dengan sampah sarap bertaburan. Mereka seolah-olah tidak malu berniaga dan menyebabkan kekotoran, sedangkan tempat jemaah lain bersih dan terurus.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasa terkedu dengan tindakan tak sopan ini kerana ia bertentangan dengan tujuan sebenar menunaikan haji.
Ada juga yang hairan bagaimana peralatan dan bahan mentah yang digunakan oleh jemaah Indonesia ini boleh terlepas masuk ke kawasan tanah suci.