·

Opah Pantau Kebun Durian Guna Dron – “Moden Betul!”

Sumber : Tiktok | @sitimuzainahmarju

Siapa yang tak suka makan durian, lebih-lebih lagi di Malaysia kan?

Nikmat betul bila dapat makan durian kampung sesekali. Lagi best kalau ada kebun sendiri di kampung, memang puas hati dapat makan banyak bila tiba musim durian.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok menunjukkan gelagat seorang opah yang menggunakan dron untuk pantau kebun duriannya.

Dalam video yang dimuat naik oleh @sitimuzainahmarju (TikTok), opah itu juga berkongsi yang dia guna dron untuk urus data kebunnya sebab sekarang zaman dah moden.

“Opah pegang dron, moden betul sekarang. Opah kaji kebun, urus data. Kome tau tak, sekarang durian Perak Tengah dah luruh. Nak durian apa? Durian paduka, kucing tidur, durian kunyit? Semua ada,” katanya.

https://www.tiktok.com/@sitimuzainahmarju/video/7380295185521003794?is_from_webapp=1&sender_device=pc