Johan Syampu Kepala Walaupun Botak di Barber Shop, Sembang Guna Bahasa Arab Curi Perhatian
Sumber : Instagram | @johanandozlyn
Pelawak Johan, yang kini berpenampilan botak, mencuci kepala di kedai gunting rambut bersama isteri, Ozlynn. Pasangan ini baru saja menyelesaikan ibadah haji dengan sempurna selepas bermalam di Mina dan melontar jamrah.
Pergi Cuci Kepala Lepas Bertahalul
Dalam video yang dikongsi di Instagram, Johan kelihatan ceria dengan kepala botaknya selepas bertahalul. Dia pergi ke barber shop untuk membasuh kepala.
Johan Syampu Kepala, Borak dengan Tukang Cuci Rambut
Apa yang menarik perhatian ramai adalah perbualan Johan, atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 40, dalam bahasa Arab, walaupun diselang-selikan dengan bahasa Inggeris.
Johan Sembang dengan Barber dari Tunisia Macam Dah Kenal Lama
Dalam perbualan yang dirakam oleh isterinya, Johan memaklumkan bahawa individu yang mencuci rambutnya dikenali sebagai Bilal, berasal dari Tunisia dan telah menetap lebih 20 tahun di Tanah Suci. Bilal juga sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak perempuan.
Nampak Macam Gila-Gila, Tapi Ilmu Banyak
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata tertarik dengan keramahan penyampai radio Hot FM tersebut. Walaupun tidak menggunakan bahasa Arab yang tepat, usaha Johan dalam berbual menggunakan bahasa tersebut mendapat pujian.
Video :