| |

“Kuat Semangat Dia” – Anak Yatim Piatu Gigih Berniaga Nasi Lemak Walaupun Sakit Jantung Berlubang

Sumber : Tiktok | @f.channel.offici

Satu perkongsian oleh @fs.channel.official di TikTok telah membuka mata ramai tentang kisah seorang anak yatim piatu yang gigih berniaga nasi lemak setiap pagi walaupun menghidap masalah jantung berlubang.

Masak Nasi Lemak Seawal 3 Pagi Dalam video tersebut, anak yatim yang mesra dipanggil Udin ini telah kehilangan kedua ibu bapanya ketika dia berusia 2 dan 10 tahun. Kini, dia tinggal bersama ibu saudaranya dan berniaga nasi lemak untuk menampung perbelanjaan harian.

Lebih mengagumkan, Udin akan bangun seawal jam 3 pagi untuk memasak dan menyediakan nasi lemak setiap hari di sekitar Petronas Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Atas permintaan ramai, Udin membuat 150 bungkus nasi lemak untuk diniagakan pada minggu tersebut.

FS Channel yang sering membantu peniaga kecil berasa kagum dengan kegigihan Udin dan membeli kesemua baki nasi lemak untuk diberikan secara percuma kepada orang lain.

Udin Menghidap Sakit Jantung Berlubang Udin turut berkongsi bagaimana tercetusnya idea untuk berniaga nasi lemak. Sebelum ini, dia bekerja di kedai makan, namun atas faktor kesihatan, ibu saudaranya mencadangkan supaya Udin berniaga nasi lemak.

“Dulu sebelum tahu ada penyakit (jantung berlubang), niat nak jadi askar. Lepas tahu, saya ingat nak jadi tukang masak jelah. Mak saudara dulu kerja dekat stesen kereta api, lepas Covid-19 tak ada kerja. Sekarang nak kerja balik, kemalangan.”

Kini, Udin akan ke Hospital Pulau Pinang bersama abang saudaranya untuk mendapatkan rawatan jantung berlubang.

Sepatutnya Perlu Pembedahan, Tetapi… Ibu saudaranya, Puan Surihani, yang sedang sakit akibat kemalangan, berkata Udin sepatutnya menjalani pembedahan jantung, namun Udin menolak kerana masih boleh menjaga dirinya sendiri.

“Sebab dia kata, masa dia sekarang ni dia boleh jaga diri dia. Bila dia operate, dia tak tahu nak jaga diri dia sebab operate dia cuma boleh ‘pakai’ 5 tahun je. Lepas tu operate balik.. mana kami nak cari sampai RM80,000. Dia reda sebab dah lahir macam tu.”

“Bila mak cik bawa check, saluran pernafasan dia terbalik, dah bocor. Bila jadi macam tu, dia tak boleh buat kerja berat.. oksigen dalam badan tiada.”

Selain Udin, Puan Surihani turut menjaga adiknya (OKU) dan berazam untuk menjaga kedua-dua mereka sampai akhir hayat.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa sedih selepas melihat video tersebut.

Semoga Udin sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.


Video :

@fs.channel.offici

Adik Udin Jantung Berlubang, Anak Yatim Piatu – Nasi Lemak Murah & Sedap Betul !! Untuk Tempahan Adik Udin (18 Tahun) 011-6226 1899 Waktu Meniaga Setiap hari (7.00 Am – Sampai Habis) Lokasi Berdekatan Petronas Padang Rengas, 33700 Kuala Kangsar, Perak #fschannel #bantu #support #sedekah #makan #makananviral #nasilemak #fyp

♬ original sound – FS Channel Official – FS Channel Official

Similar Posts