Saling Tukar Hadiah Barangan Eco, Ramai Gembira Lihat Pasangan Ini Sambut ‘Anniversary’
Sumber : Tiktok | @yeopsenyom
Sepasang suami isteri yang meraikan ulang tahun perkahwinan dengan menukar hadiah dari sebuah kedai serbaneka telah menarik perhatian ramai.
Menerusi satu hantaran di TikTok oleh seorang lelaki bernama Yeop Azrul, kelihatan dia dan isterinya merayakan ulang tahun perkahwinan dengan sederhana di rumah mereka.
Dalam video tersebut, pasangan itu masing-masing memegang beg hadiah yang akan ditukar mengikut warna.
Netizen Tumpang Bahagia
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berasa gembira melihat keharmonian rumah tangga pasangan itu. Ada juga yang berseloroh meminta kedai serbaneka tersebut memberi baucar kepada mereka.
Video :