| |

[Video] Lelaki Ini Sanggup Beli 6 Beg Ais Kerana Cuaca Terlalu Panas. Siap Masukkan Dalam Kolam!

Sumber : Tiktok | @miraAzla03n

Harga untuk enam beg ais yang dibeli terus dari lori ais adalah sekitar RM24.

Kebelakangan ini, suhu di Asia Tenggara memang panas gila sebab perubahan iklim dan fenomena El Nino.

Pada hujung April, suhu di Bangkok, Thailand naik sampai 43 darjah Celsius. Filipina pula panas sampai 53 darjah Celsius. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, pun kata Malaysia tak terkecuali dan jangka cuaca tahun ni lagi panas dari tahun lepas.

Beli 6 Beg Ais Semata-mata Untuk Mandi Kolam Air Sejuk

Dalam video yang dimuat naik di TikTok (@miraazlan03), seorang wanita tunjuk situasi di rumah mentuanya. Mereka beli beberapa beg ais, bukan dari kedai tapi terus panggil lori ais hantar ke rumah. Memang lain macam!

Biasanya orang beli ais untuk minuman jadi sejuk, tapi keluarga ni buat lain sikit. Mereka masukkan semua ais tu ke dalam kolam DIY.

Kalau korang nak tahu, harga untuk satu beg ais RM4, jadi enam beg tu jumlahnya RM24.

Memang best dapat mandi kolam air sejuk masa cuaca panas, kan?

Video tu memang tarik perhatian ramai, sampai sekarang dah dapat 277,800 tontonan.

Orang Ramai Teruja Tengok Beli Ais Untuk Kolam

Di ruangan komen, ramai yang teruja tengok keluarga ni mandi kolam dengan ais. Ada yang sokong sebab katanya bagus untuk kesihatan otot.

Ada juga yang bergurau kata boleh letak kordial dan air gula supaya air kolam tu boleh diminum. Bak kata pepatah, ‘Sambil menyelam minum air’!

Selain tu, ramai yang tertanya-tanya macam mana mereka tahan sejuk berendam dalam kolam penuh ais tu.

https://www.tiktok.com/@miraazlan03/video/7380617249737952530?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Similar Posts