Netizen seru untuk boikot konsert Bruno Mars
Sumber : Harian metro
Kuala Lumpur: Bahagian komen di Instagram Live Nation Malaysia ‘dibanjiri’ dengan komen-komen boikot daripada pengguna Instagram berkenaan konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur yang diumumkan baru baru ini.
Kemarahan itu disebabkan sikap Mars yang sebelum ini menyuarakan sokongan kepada Israel semasa konsertnya di negara itu pada tahun lepas.
“Dia pro-Israel tapi dapat kebenaran untuk buat konsert di Malaysia. Aku tak faham la. Macam mana dia boleh dapat kebenaran?
“Aku tahu Malaysia sokong Palestin. Kalau orang Malaysia yang bukan Islam datang sokong, maknanya diorang sokong Israel. Betul tak?” komen seorang netizen.
“Aku tolonglah jangan sokong dia. Aku pun minat dia dulu. Tapi dia kecewakan aku. Aku baru tahu dia sokong Zionis sebelum konsert di Singapura.
“Kalau konsert lain aku tak banyak bising, tapi kalau dia ni lain cerita,” komen seorang lagi.
“Dia sokong pembunuhan bayi. Seriuslah, korang nak pergi konsert mamat ni? Seronok ke pergi konsert orang yang sokong pembunuhan bayi?” tambah netizen.
Konsert dijadualkan berlangsung pada 17 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.