Nora Danish Kembali ‘Solo’, ramai cuba nasib di ruangan komen!
Sumber : Tiktok | @noradanishhanif
Seperti yang semua tahu, pelakon popular Nora Danish kini kembali ‘solo’ selepas bercerai dengan bekas suaminya, Nedim Sujak, pada 19 Jun lalu.
Menerusi satu hantaran di TikTok oleh aktres berusia 42 tahun ini, ramai lelaki cuba mendekati dan berkenalan dengan Nora di ruangan komen, yang berjaya menarik perhatian warganet.
Ramai lelaki mencuba nasib!
Dalam perkongsian tersebut, lelaki dari pelbagai peringkat usia memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan bakat masing-masing untuk memikat hati Nora Danish. Secara tak langsung, gurauan dan usaha mereka menghiburkan ramai netizen.
Nora Danish
Baru-baru ini, media sosial heboh apabila Nora Danish dan Nedim disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Selain itu, Nora juga menafikan dakwaan bahawa punca perpisahan mereka ada kaitan dengan masalah kewangan.
Sebagai makluman, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl, yang kini berusia 6 tahun.


Video :