| |

YouTuber Palestin ‘Terkejut’ Dengan Layanan Rakyat Malaysia Terhadapnya

Sumber : Youtube | @waleedmaoued

Tidak hanya terkenal dengan bangunan pencakar langit, rakyat Malaysia juga dikenali kerana budi bahasa dan sikap berperikemanusiaan yang tinggi.

Menjadi sebutan di peringkat global, ramai orang mula tertarik dengan negara ini, malah sanggup datang untuk melihat sendiri realiti seperti yang digembar-gemburkan oleh media atau influencer terkenal.

Seorang YouTuber bernama Waleed Maoed dalam misi melawat setiap negara di dunia dan kini telah sampai ke Malaysia.

Selain baru merasai pengalaman menyambut hari raya Aidil Adha di sini, dia juga mahu melihat bagaimana layanan rakyat Malaysia terhadap dirinya sebagai rakyat Palestin menerusi video terbaharunya.

Dalam video tersebut, Waleed meluahkan rasa ‘terkejut’ melihat layanan dan hospitaliti yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang cukup baik, membuatkan dia merasa sangat dihargai dan dekat seperti bersaudara.

Sementara dalam misi mencuba makanan tempatan, dia sempat bersembang dengan peniaga dan warga tempatan yang mesra dan bermurah hati memberi makanan atau minuman secara percuma.

Dia juga terkejut dan bangga melihat ramai pengunjung dan peniaga menyarung baju solidariti untuk Palestin. Bukan itu sahaja, frasa “Free Palestine” sentiasa disebut oleh warga tempatan apabila ditegur oleh lelaki itu.

“Saya tidak pernah melihat negara selain Malaysia yang menunjukkan sokongan kepada Palestin dengan sepenuh hati,” katanya dalam video itu lagi.

Dalam masa sama, Waleed kagum dengan keramahan rakyat Malaysia, bahkan ada yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Secara keseluruhan, Waleed sangat gembira dengan layanan yang diterima, malah mendedahkan bahawa sepanjang pengembaraannya selama empat tahun ke seluruh dunia, rakyat Malaysia antara yang terbaik pernah ditemuinya.

Video yang meraih lebih 40,000 tontonan itu lantas dipenuhi komen oleh rakyat Malaysia yang sangat mengalu-alukan kedatangan Waleed serta menyuarakan solidariti kepada Palestin untuk memberi kesedaran kepada pengguna internet di negara lain.

Video :

Similar Posts