| |

“Teringat Ayah” – [VIDEO] Pakcik Tarik Barang Sambil Duduk Atas Kerusi Roda Undang Sebak

Sumber : X | @Bckupacc99

Melihat warga emas yang sudah uzur masih gigih bekerja pastinya membuatkan kita sebagai anak muda rasa kasihan. Tak dapat dinafikan, perasaan ini mengingatkan kita pada ibu bapa kita sendiri.

Seharusnya, golongan warga emas perlu berehat daripada melakukan kerja-kerja berat. Namun, dalam video yang kini viral, seorang pakcik kelihatan gigih menarik barang biarpun hanya duduk di atas kerusi roda.

Dalam rakaman tersebut, pakcik itu berkongsi bahawa dia dalam perjalanan pulang ke Chow Kit setelah mengutip barang-barang kitar semula dari Dataran Merdeka. Jarak antara tempat pertemuan pakcik itu dengan pemilik video agak jauh, tetapi pakcik itu menolak tawaran bantuan yang diberikan.

Pakcik itu menjelaskan bahawa dia sudah terbiasa dengan rutinnya dan semua barang yang dikutip akan dijual. Anak pakcik tersebut bekerja sebagai pengawal keselamatan bersama suaminya. Rasa kasihan melihat pakcik ini termengah-mengah sambil mengutip barang-barang.

Di ruangan komen, ramai netizen yang tersentuh hati melihat keadaan pakcik ini. Ada juga yang pernah terlihat pakcik tersebut terbaring di tepi jalan.

Semoga pakcik ini dipermudahkan rezeki dan ada kesenangan buat keluarganya. Amin.


Video :

Similar Posts