[VIDEO] Ain Edruce Main Drum Lagu ‘The Kill’, Netizen Komen ‘Sikit Lagi Nak Sama level Chad Smith!’
Sumber : Instagram | @ainedruce
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce telah berkongsi sebuah video di mana dia sedang bermain drum.
Semakin Meningkat
Dalam video tersebut, Ain bermain drum mengiringi lagu ‘The Kill’ oleh Thirty Seconds to Mars. Ain mengatakan bahawa kemahirannya dalam bermain drum semakin meningkat. Dia juga sedang mencari guru yang sudi mengajarnya untuk bermain alat muzik tersebut.
“Balik Melodi terus kita hehe. Kali ini dah ada peningkatan geng. Ada kipas. Sejuk aku, tapi itulah rambut pula. Dah lama teringin nak belajar lagu ini. Maaf kalau ada salah. Ni paling senang yang aku boleh. Ada sesiapa nak ajar kan ke?”
Pujian Dari Netizen
Di ruangan komen, ramai netizen memuji Ain dan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang bergaya.
Video : Instagram | @ainedruce