·

[VIDEO] Isteri Terharu Suami Buat Surprise, Siap ‘Angkut’ RXZ Sebagai Hadiah

Sumber : Tiktok | @nachikcikna

Dalam perkahwinan, suami isteri perlu saling mengambil peranan masing-masing untuk kebahagiaan bersama.

Menyambut ulang tahun atau membuat kejutan adalah cara untuk mengeratkan lagi hubungan anda.

Walaupun kadangkala kejutan itu sederhana, ia tetap bermakna bagi pasangan anda. Ini boleh membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah romantis.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan usaha gigih seorang suami yang membuat kejutan buat isteri tercinta.

Siap bawa hadiah RXZ naik bot

Menerusi video di akaun @nachikcikna, kelihatan suami wanita itu sedang merancang kejutan untuk isterinya.

Isterinya diarahkan agar menutup mata sepanjang perjalanan mereka ke destinasi yang dibawa menaiki sebuah bot.

Setibanya di tempat tersebut, wanita itu sangat terkejut dengan kejutan daripada suaminya. Apa yang paling mengejutkan adalah suaminya telah menghadiahkan sebuah motor RXZ sebagai hadiah hari jadinya.

@nachikcikna

Replying to @Tuan Wok Begitu lah kejadiannya

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama